Apakah SetelKahwin?
Setelkahwin (SK) adalah sebuah laman web solusi perkahwinan setempat untuk anda. Dengan menggunakan sebuah platform media sosial, SK dapat mewujudkan interaksi di antara vendor-vendor dan bakal-bakal pengantin yang prospektif. Ianya ditujukan untuk pasangan-pasangan yang sedang mencari cara yang mudah, munasabah, dan sesuai untuk merancang majlis perkahwinan mereka supaya dapat menjimatkan masa, wang dan mengurangkan stres.
Setiap ciri-ciri yang wujud dalam Setelkahwin adalah ramah pengguna dan pendaftaran kepada laman web/platform perancangan perkahwinan yang praktikal ini hanya mengambil masa kurang daripada satu minit.
Bilakah SetelKahwin dilahirkan?
Hashim HD mula membina suatu aplikasi belanjawan secara ‘online’ untuk membantu seorang rakannya yang akan melangsungkan perkahwinan. Matlamat beliau adalah untuk membantu rakannya itu untuk merancang suatu majlis perkahwinan tanpa membazirkan terlalu banyak masa dan wang serta bebas daripada sebarang masalah atau kesukaran.
Kemudian, beliau telah dirujuk oleh pasangan-pasangan lain yang turut tidak mengetahui apa-apa langsung tentang perancangan dan penyediaan bajet/belanjawan perkahwinan, yang mana hal ini telah memberi inspirasi kepada beliau untuk membina suatu laman web bagi berkongsi aplikasi penyediaan bajet tersebut kepada pasangan-pasangan lain yang mengalami masalah yang sama.
Bagaimana Setelkahwin telah berkembang?
Beliau sedar bahawa untuk meningkatkan keberkesanan sistemnya, pembinaan suatu pangkalan data yang besar dan kukuh bagi vendor atau pembekal perkhidmatan perkahwinan adalah amat penting. Dengan mengkaji ‘platform’ perkahwinan yang sedia ada di pasaran dan menerusi tinjauan yang dilakukan di kalangan pasangan-pasangan, kebanyakan daripada mereka bersetuju bahawa vendor-vendor tersebut adalah lebih cenderung untuk menjual produk mereka daripada memberi khidmat nasihat. Menggunakan khidmat perancang atau perunding perkahwinan adalah merupakan suatu alternatif, namun tidak semua golongan MAMPU untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.
Mengapa seseorang yang ingin merancang perkahwinan patut menggunakan SetelKahwin?
Di SetelKahwin, setiap pengguna yang berdaftar mempunyai matlamat bersama iaitu untuk saling bantu-membantu. Secara ringkasnya, platform media sosial yang diwujudkan bermaksud laman web tersebut telah dibina untuk menampung semua pihak-pihak yang terlibat dalam industri perkahwinan dan menjadikan bisnes mereka lebih telus kepada bakal-bakal pengantin yang prospektif. Cuba bayangkan kesemua pengguna-pengguna facebook adalah gabungan vendor-vendor perkahwinan dan pasangan-pasangan yang ingin merancang perkahwinan!
Siapakah di sebalik ‘team’ SetelKahwin?
Sudah tentunya laman web ini bukan sekadar memberi fokus terhadap perancangan perkahwinan semata-mata kerana ‘team’ SetelKahwin turut merangkumi blogger-blogger yang menulis artikel saban hari mengenai isu-isu yang berkaitan dengan perkahwinan, kesihatan, gosip selebriti tempatan serta hubungan cinta di antara lainnya. ‘Team’ blogger bagi SetelKahwin terdiri daripada blogger terkenal, Abg Nara (BeautifulNara), Mdm Cupid dan MrBrute.
Mengapa SetelKahwin berbeza dengan laman web perkahwinan yang lain?
SetelKahwin bukanlah sesuatu yang baru di dalam menyediakan khidmat perancangan perkahwinan. Sebenarnya kami hanyalah sekumpulan individu yang cuba untuk menyetelkan perkahwinan anda menerusi kaedah yang lebih praktikal.
Bagaimana vendor-vendor boleh memperoleh faedah daripada SetelKahwin?
Di SetelKahwin, kami mempunyai satu akaun ‘basic’ vendor yang diberikan secara percuma, namun perkhidmatan yang ditawarkan adalah terhad. Dengan menaik taraf (‘upgrade’) akaun tersebut kepada akaun Premium, vendor-vendor akan diberikan akses sepenuhnya kepada semua perkhidmatan yang ditawarkan SetelKahwin seperti kesedaran penjenamaan dan khidmat pemasaran.
Kini, lebih ramai orang yang gemar melayari Internet untuk mencari vendor-vendor perkahwinan yang sesuai. Dengan menaik taraf akaun ‘basic’ kepada akaun Premium, kumpulan kami boleh membantu vendor-vendor untuk mendapatkan pendedahan yang meluas secara ‘online’. Di SetelKahwin, kami menawarkan trafik yang lebih tertumpu atau ‘targeted traffic’. Kami telah membina ‘platform’ ini bukan sahaja sebagai aplikasi untuk bakal-bakal pengantin menguruskan perkahwinan mereka, malah ianya juga dapat memelihara hubungan yang baik di antara bakal pengantin dengan vendor-vendor yang terlibat.
Apa yang boleh kami tawarkan menerusi khidmat yang dinaik taraf?
Kesedaran Penjenamaan atau ‘Brand Awareness’ boleh didapati daripada kewujudan pasaran secara konsisten. Ini boleh dicapai melalui akaun vendor premium dan juga advertorial kami.
Kesedaran Penjenamaan dilakukan menerusi ciri-ciri yang tersedia seperti mesej-mesej peribadi yang tidak terhad, memuat naik gambar-gambar dan penulisan blog. Terdapat juga beberapa inisiatif lain bagi memastikan kesedaran penjenamaan secara berterusan.
Anda boleh memahami konsepnya dengan lebih mudah jika anda menggunakan analogi suatu slot TV.
Jika anda membayar untuk suatu slot TV, anda hanya membayar untuk rating/penonton bagi saluran tersebut pada masa-masa yang spesifik.
Persoalannya adalah bagaimana anda boleh membuatkan orang ramai untuk terus setia kepada saluran itu di dalam persekitaran media yang baru? P4G (masih dalam beta) misalnya akan menjadi salah satu aplikasi yang akan digunakan oleh SetelKahwin untuk melaksanakan suatu kempen pertandingan. Semakin aktif seseorang ahli itu, semakin tinggi peluangnya untuk menang.
SetelKahwin diibaratkan sebuah saluran TV dan P4G adalah suatu program eksklusif yang dilaksanakan untuk menarik para penonton. Perbezaannya adalah, para pengiklan akan membayar untuk suatu slot yang akan dilaksanakan untuk tempoh masa yang lebih panjang. Ia lebih sesuai untuk persekitaran media yang baru di mana terdapat interaksi di antara penonton.
Siapa yang perlu menaik taraf?
Kami menyasarkan kepada semua jenis perusahaan bisnes daripada bisnes kecil-kecilan di rumah hinggalah kepada syarikat-syarikat besar yang telah bertapak.
Ia bergantung kepada pengusaha-pengusaha bisnes tersebut untuk memutuskan mengenai tempoh subskripsi yang dikehendaki, misalnya secara bulanan, setengah tahun ataupun secara tahunan - yang dapat disesuaikan kepada matlamat mereka.
Selain daripada subskripsi vendor premium dan advertorial yang ditulis oleh kumpulan kami yang terdiri daripada penulis-penulis profesional, kami juga telah mencipta suatu kempen pemasaran yang lazim.
Kami telah membangunkan satu modul sistem permainan yang berteknologi canggih (P4G), yang mana suatu pertandingan akan dibuka kepada pengguna-pengguna di mana mereka akan bersaing sesama sendiri untuk mencari pengguna yang paling aktif yang akan memenangi hadiah-hadiah wang tunai dan ganjaran-ganjaran yang ditaja oleh anda.
Bilakah mereka perlu menaik taraf?
Sekarang.
Di manakah Vendor Premium akan dipaparkan?
Di laman web, facebook dan akaun twitter.
Bagaimana untuk menaik taraf?
Ianya amat mudah sekali untuk menaik taraf. Ia seakan-akan membina suatu profil facebook untuk bisnes anda.
Langkah 1: Daftar sebagai Vendor
Langkah 2: Bina profil anda
Langkah 3: Buat pembayaran untuk menaik taraf kepada Vendor Premium
Dan anda sudah selesai.
Apakah Aplikasi Kahwin?
Ianya adalah suatu set aplikasi pengurusan perkahwinan bagi membantu para pengantin menguruskan perkahwinan mereka. Buat masa ini, kami telahpun mempunyai ‘Senarai Semak, dan ‘Belanjawan dan Pengesan Bayaran’
Kenapa mereka harus menggunakannya?
‘Senarai Semak’ bukanlah aplikasi senarai semak anda yang tipikal kerana ia mengandungi senarai tugasan-tugasan (‘task’) perkahwinan asas yang biasanya perlu dilakukan oleh seseorang individu itu sebelum berlangsungnya sesuatu majlis perkahwinan. Senarai ini adalah senarai asas yang telah dimuatkan terlebih dahulu (preloaded list).
‘Belanjawan dan Pengesan Bayaran’ adalah suatu aplikasi belanjawan pendahuluan (‘advanced’) yang membantu anda untuk mengesan perbelanjaan anda dan juga berfungsi sebagai suatu peringatan bayaran apabila suatu item itu sudah sampai tempoh bayarannya.
Ia sesuai untuk siapa?
Kebanyakan pasangan sudah tentunya ingin merancang majlis perkahwinan mereka sendiri daripada mengharapkan ibu bapa menguruskannya untuk mereka. Malangnya, mereka akan bertembung dengan masalah-masalah lazim seperti ‘tak tau nak mula dari mana’, ‘mana nak cari...’, ‘apa yang perlu dibuat...’, ‘kena tanya siapa’, ‘bila ia akan dilakukan’ dan bagaimana untuk uruskannya’.
Dengan menggunakan SetelKahwin, bakal pengantin dan ibu bapa mereka boleh turut terlibat bersama-sama di dalam proses merancang perkahwinan kerana ia adalah lebih praktikal, ramah pengguna dan hanya mengambil masa kurang daripada seminit untuk pendaftaran. SetelKahwin adalah untuk sesiapa sahaja yang terlibat di dalam proses perkahwinan tersebut.
Bilakah aplikasi ini akan menjadi relevan kepada mereka?
Mereka boleh menggunakannya pada bila-bila masa. Selain daripada ianya amat baik digunakan pada awal perancangan perkahwinan, namun jika anda telahpun menggunakannya separuh jalan, ia tidak bermakna bahawa aplikasi kami menjadi tidak lagi relevan. Ia diibaratkan mendapatkan seorang pembantu peribadi. Tidak pernah terlalu lewat untuk anda meminta bantuan.
Bagaimana menggunakannya?
Ia adalah amat mudah untuk ‘Senarai Semak’. Hanya masukkan tarikh perkahwinan yang bakal dilangsungkan, kemudian sistem tersebut akan memuatkan tugasan-tugasan yang asas dan secara automatik akan menyusun tarikh pengiraan bagi detik berlangsungnya majlis perkahwinan anda.
Untuk 'Belanjawan dan Pengesan Bayaran', hanya tambahkan item baru, masukkan tarikh bayaran dan amaunnya. Aplikasi ini secara automatik akan mengira jumlah keseluruhan dan juga akan memberi peringatan kepada anda tentang bilakah bayaran tersebut harus dibayar menerusi emel.